Perkara yg kita perasan @ sajer xperasan ~
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi korang dan sanggup mati kerana korang. Perghh. Agak2 ler cek kak oi...mau bley sabit jadik saksi kes bunuh beb..Suspek utama tuu!!
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi korang dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci korang adalah kerana dia ingin menjadi seperti korang. ada ekk..?
4. Senyuman daripada korang boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai korang. Senyom tu kan sedekah.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati korang sebelum dia tidur. (aikk..ingat time nak tidoo jer ekk??no wonderla sblm tidoo slalu jer sms aku..ewahh)
6. Korang amat bermakna dalam hidup seseorang. Sooooo sweeetnyerrrr..
7. Kalau bukan kerana korang, seseorang itu tidak akan hidup bahagia. Uishh..biar betik!
8. Korang seorang yang istimewa dan unik. Totally betol seh!!
9. Seseorang yang korang tidak ketahui menyayangi korang. Itu nama dia "dalam diam aku mencintaimu"..hehe..lagu group sting.
10. Apabila korang membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya. Tawakkal tu allallah...
11. Sekiranya korang merasakan korang dipinggirkan, plis re-think yer, mungkin korang yang meminggirkan mereka.
12. Apabila korang terfikir korang tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang korang nak, mungkin korang tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya korang percaya pada diri sendiri lambat-laun korang akan dapat jugak. U wanna it??U get it gurl!
13. Kenangilah segala pujian yang korang dapat. Lupakan segala maki hamun, caci cela.
-->Tapi susah arr aku nk lupa, setakat cakap boley ler, tapi sure berbekas kat hati sampai mati kot..
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan korang kerana korang akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya. -->My BFF ler jadik mangsa..
15. Sekiranya korang mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit!! Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.Giler touchingg ayat nih..
ai like diz :D♥
ReplyDelete