Istikharah~~
Hurm..~~
opps..ini bukannya mengeluh, tapi sedang berpikir jer..
Setiap hari Jumaat, mak aku buat Tazkirah kat umah aku(Mak aku bukannya ustazah..hehe..)tapi ada ustazah yang datang mengajar.Mengajar di rumah aku, sebab senang orang2 kampung datang dan umah aku pon agak luas utk sesi tazkirah tu.
So, topik a.k.a kitab hari ni yang di baca ustazah ialah berkenaan nikah kahwin..Perrghhh..hot stuff tuh beb..!!aku pada mulanya macam tak mau join sebab mak aku soh aku goreng karipap tok dijamu kt kawan2 mak aku, tapi dari dapur aku dah dengar sok sek bab nih..alahaiii...interesting gilerrrr beb..so mmg aku join ler..TUNGGU LAGIKKK?????kehkeh
Dalam dok gelak2 sebab ustazah tu ada buat lawak masa story bab nih, Ustazah tu ada selit cerita masa dia nak terima pinangan dari ustaz (hubby dia laa..)."Ustazah buat solat istikharah selama 3 bulan untuk terima Ustaz.(untuk pinangan yg dr org lain, ustazah buat 2 minggu ja) Alhamdulillah...Tapi, sebenarnya dalam masa 2 minggu tu (sepanjang solat istikharah)Ustazah dah jumpa ustaz dalam mimpi.Ustaz bagi salam kt ustazah, pastu Ustazah jawab balik.Itu jaaa..!!Tapi ustazah tak amik port la, sebab ustazah ingtkn itu cuma biasa2 saja..Tapi tu dia lah, rupa2nya itu jodoh ustazah.Waaahh...hebatkn..???
Solat istikharah + Tahajjud + Hajat = Kesejahteraan hidup..In'allah..
Aku pon harapkan jodoh macam itu jugak..Dan aku rasa semua orang nak dapat jodoh yang baik2 kan..????InsyaAllah, aku percaya setiap kaum wanita sememangnya mencari cari pemilik tulang rusuk kita kn...???hEHE..Islamik version plak aku untok entry kali nih..ahlan wasahlan wamarhaban bikum..
Ha...kat cni aku kasik skit info pasal solat istkharah yer..::
Ketika hendak mendirikan solat istikharah ni ada adab dan syarat dia...Agar matlamat utk sembahyang istikharah tu tercapai.
Petunjuk dari Allah kesan dari solat Istikharah merupakan satu yang sukar untuk kita tahu. Walaubagaimanapun ulama' telah membuat garis panduan berkaitan hal ini.
Cara-cara
(1) Niat, "Sahaja aku solat sunat istikharah 2 rakaat kerana Allah ta'ala"
(2) Rakaat 1st - Baca Al-Fatihah dan surah Al-Kafiruun(disunatkan)
(3) Rakaat 2nd - Baca Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas(disunatkan)
(4) Masa sujud terakhir, disunatkan baca 3x doa ni - "Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"
(5) Doa;
"Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya." (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)
*solat istikharah bukan dilaksanakan untuk mencari jodoh je, tapi semoleknya dilakukan untuk segala urusan, kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita*
Sebar-sebarkan..insyaallah
Tanda2 atau petunjuk:
AnNawawi menyebut lagi petunjuk itu mungkin datang dalam bentuk ketenangan, kecenderungan, ilham, mimpi dsbnyanya.
Ia merupakan suatu dorongan atau kecenderungan atau kemahuan yg kuat kepada seseorang dalam bentuk meneruskan atau meninggalkan atau pilihan A atau B.
Prof Mutawalli Sya'rawi rh (Anta tasal wa Islam Yujib) berpendapat Solat istikharah dan mimpi tiada kaitan kerana mimpi adalah mainan tidur yg dipengaruhi oleh banyak faktor. Alamat istikharah datang dalam bentuk kemantapan hati spt yg dijelaskan oleh Ibn Qayyim di atas.
Allahu a'alam
***
Pelbagai Petunjuk yang Mungkin Datang sesudah selesai membuat solat Istiharah :
@--Allah memberikan petunjuk melalui mimpi
@--Petunjuk melalui firasat
@--Petunjuk melalui ketetapan hati
@--Petunjuk dengan menjauhkan orang tersebut dari yang tidak baik untuk dirinya dan mendekatkan dengan apa yang baik untuknya.
Tanda-tanda selepas solat istikharah bukan mimpi...tandanya ialah ketetapan hati. Kalau hati kita lebih pada sidia seorang memang itulah petunjuknya. Solat istikharah lebih elok dilakukan banyak kali. Insya allah suatu hari nanti akan dapat petunjuk sebenarnya.
cantik layout kamu.. hehehe...
ReplyDeletenice info.. thnk u for sharing.. ♥ ♥
hehe..cepat ajer kamoo comment yer..
ReplyDeletehehe..sharing is caringg...~~
hye cekelat manis can i pollow u? ^_^
ReplyDeleteeerkk..pollow jangan x pollow noo..
ReplyDeletekehkeh3..sila oo sila..