Sunday, August 14, 2011

JAKIM: Tak Pernah Kata Starbuck Haram~



KENYATAAN MEDIA BERKENAAN ADUAN STARBUCK COFFEE


JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung email yang menyatakan “JAKIM telah mengesahkan restoran Starbuck Coffee adalah haram kerana terdapat bahan yang direndam arak, untuk pengesahan sila hubungi 03-8886400”.
Kenyataan ini juga telah disebarkan melalui laman sosial Facebok.
2. Adalah dimakumkan bahawa JAKIM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada melalui media massa atau portal rasmi JAKIM yang mengatakan restoran Starbuck Coffee adalah haram.
3. Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat pada 31 Julai 2012.
Justeru JAKIM menasihatkan pengguna yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.
Sekian, terima kasih.


p/s: Alhamdulillahh.........tp ingat suma, kalau anda rasa was2 tu, baik xpayah ler nk cecuba makan beb..kang tak pepasal plak jadik lain kaan..renung renungkan..selamat beramal...!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Plis kasi ikan aku makan..~