Monday, August 22, 2011

Ku Pinang Kau dengan Bismillah~

Salam Ramadhan beb!!Lagi 3 hari aku nak balik kampong terchenta!!!!
MEMANG tak sabar seh.Tapi sebelom tu, aku nk post 1 song nih.Menyentap, menyengat kalbu aku..!!

Ku Pinang Kau dengan Bismillah...





Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Quran ~





Nuzul Quran..even hari ni aku tak bercuti macam kengkawan2 aku yang lain, aku tetap nak post pasal Nuzul Quran nih...


Tuntutan Al-Quran:

  1. Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
  2. Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
  3. Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.
 
Peringatan:

  1. Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
  2. Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
  3. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
  4. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
  5. Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).
Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat buat kita semua. Amin.     




Sunday, August 14, 2011

JAKIM: Tak Pernah Kata Starbuck Haram~



KENYATAAN MEDIA BERKENAAN ADUAN STARBUCK COFFEE


JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung email yang menyatakan “JAKIM telah mengesahkan restoran Starbuck Coffee adalah haram kerana terdapat bahan yang direndam arak, untuk pengesahan sila hubungi 03-8886400”.
Kenyataan ini juga telah disebarkan melalui laman sosial Facebok.
2. Adalah dimakumkan bahawa JAKIM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada melalui media massa atau portal rasmi JAKIM yang mengatakan restoran Starbuck Coffee adalah haram.
3. Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat pada 31 Julai 2012.
Justeru JAKIM menasihatkan pengguna yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.
Sekian, terima kasih.


p/s: Alhamdulillahh.........tp ingat suma, kalau anda rasa was2 tu, baik xpayah ler nk cecuba makan beb..kang tak pepasal plak jadik lain kaan..renung renungkan..selamat beramal...!!

Zakat Fitrah~


Semalam..aku g bayar zakat fitrah dengan hosmate aku (yuni). pejabat dia dekat jer ngan umah flat aku tu.Teruja siot!Kami dua ni dah la 1st time nak gi bayar sndri ni beb. Macam2 rasa merasa.haha..(poyo plak aku rasa). Jenuh aku meng'control' muka (sebab xmo buat2 cuak) masa g pejabat zakat tu. hehe..kenapa aku banyak guna word 'rasa' ni..!!arg..lantakk..

Lega seh lepas baca akad fitrah tu. Merasa gak aku bayar guna duit gaji aku sendiri. Yelah kan, aku kan baru ja keja beb, baru tahun ni sempat aku kasi duit raya kat anak2 buah hati ku yg 'baru' 20 org tu. Mintak2 ler, dah TAK bertambah senah oi.Kalo idak, jenoh aku tiap2 tahun nk membedak bedakkan duit raya ikut tumbesaran depa tu.Pastu terus call my mamee la, kasi tau aku dah bayar duit fitrah tu. Mana tau nanti dia gi bayar skali lagi plak kan..

Kemudian, aku n yuni terus gerak g masjid..Betapa baeknyaaaaaaa kitaorg kan????
Siap g masjid lagik lps bayar zakat fitrah.!perghh..memang bley buat calon menantu nihhh!!!sila cepat isi borang seh!

tapi MASJID INDIA laaaaaaaaaaaa.......kita Shopping!!!!!!
hehehe..sengal betol sebab ayat xleh blah kan???..
hahahahha......

Wednesday, August 10, 2011

Cuti Raya aku TAK approve!


haish..benda ni aku stress dr minggu lepas lagik.
ni gara2 bos aku tu lah.boleh plak cuti raya yang aku apply dia tak mau approve!
Haishh.jenuh aku menyusun ayat kasi report kat Mummy chek yang kat Peneng tok baking tindakan bos aku tu. hai..nasib, beliau memahami.Alhamdulillah.
Tapi yang naik bising tu bukan mummy aku, kakak2 aku laa plak yang over.
Call pagi2 buta - pkl 9.30 pg-->awal siot aku rasa (lps subuh aku trtidook laa wei..), pastu marah2.
Hadoiii..!!Mana tak marah, membaziaq(membazir itu amalan syaitan).sbbnya aku dah siap beli tiket flight nak balik Peneng (20 august), tiba2 leh plak tak jadi.Tapi aku pelik gak sbb aku beli guna duit aku sndri laa beb.(konpius aku disitu knapa itu jd isu)..haha

Aku ni nama ja keja ngan company India. Hadoi yai nyer pun adoii (ala2 lenggok ah chai), nak cuti pon susah.Aku bukannya cuti lama pon, seminggu lebih je pon (aku rasa mcm aku apply tok seminggu ja)..bekira betolll!!
tapi...............

korang rasa aku apply cuti lama sgt ka smpai bos aku tak leh approve hah??jap nak pikiaq sat...hurmm..
aku cuma apply cuti dari 22 August smpai la 2 september 2011..hehe..
LAMA KAA????mana ada seh!!!SAT SAJA LA CUTI TUUU..!!tak fair and square!nanti deepavali aku nk pi bakaq umah bos aku tu..siap!!

Monday, August 8, 2011

Typo error message!

assalamualaikum wbt..

haha..pekabar suma?Aku dh rasa title entri ni dah mcm error message yang selalu aku dpt bila aku handle system plak.hadoi..bwh ni ada 1 conversation between aku ngan membe kamceng aku.apa pasai dia ter'typo' smpai cenggini pon aku tak tahu lah der.Ntah apa2 punya bahasa dia guna.Nak kata Uganda language, bukan lah aku rasa..Tajikistan??aku rasa pun bukan gak beb..Cuak bos ada kt belakang tgh usyar dia kot?? or..sesajer nk type cepat2, pastu kasi keyboard tu bunyi tung tang tung tang yg menandakan dia tu tgh rajin menaip coding?? (amat menggelikannnnnnn..hahah..opssss..cover2 sket..)..or...hahah...tak tahu lah apa aku nk pikiaq.jom lah kita view sendri...




p/s:......aku suka lahh!!haha



Friday, August 5, 2011

Tak Bertudung VS Bertudung

assalamualaikum wbt..Ramadhan al Mubarak

jom kita baca conversation ni..roll

credit utk kakifacebook.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Plis kasi ikan aku makan..~