Tuesday, July 19, 2011

Kriteria memilih pasangan hidup ~

Welcome..welcome!!
entri kali ni pasal kriteria nk pilih calon-calon hidup. Kiranya sehati sejiwa lah nih..aicehh..iyo2 ja nk sehidup semati.Bila bini mati, iyo2 ja nak cari pengganti kan.oopss..ter emo plak aku nih..jom layan entri nih..


Info: Kriteria Memilih Pasangan Hidup

  • Jujur dan Setia 
    - Pilih pasangan yang jujur dalam sebarang tindakan. Pasangan yang saling setia dan mencintai lebih kekal. Cinta adalah dasar dalam ikatan hubungan suami isteri. 

  • Penampilan menarik 
    - Menarik tidak harus selalu cantik dan seksi (wanita) dan kacak (lelaki), memadai penampilan yang sedap mata memandang. 

  • Taat pada agama 
    -Ciri penting sebagai pembimbing untuk masa depan keluarga dan anak. Carilah pasangan yang soleh (lelaki ) dan solehah (isteri).
     
    -Tersangat susah nak cari ni beb. Aku pon tak lepas2 tapisan nak jadi solehah ni..cmner plak nak cari yang soleh..hadoii


  • Pandai atau pintar 
    - Ia penting sebagai peneraju dalam mengurus rumah tangga dalam pelbagai aspek terutama mendidik anak dan kedudukan kewangan. Yelah kan, untung2 boley dapat anak2 yang bijak pandai.Sapa ler yang tak mo anak-anak yang cerdik pandai kan..

  • Tidak materialistik 
    - Pilih pasangan yang mempunyai sifat kesederhanaan dan bukan pengikis. 

  • Tidak emosional 
    - Murah senyum, lemah lembut, tidak suka marah dan tidak mudah tertekan ketika berhadapan dengan apa juga masalah, sama ada urusan rumah tangga atau kerja. 

  • Sihat termasuk aspek jasmani dan rohani 
    - Pilih yang sihat, cerah, kuat dan bukan mudah dijangkiti penyakit serta subur untuk memberikan keturunan. 

  • Mudah dikawal 

  • Persetujuan ibu bapa dan keluarga 
    - Restu daripada ibu bapa penting untuk keberkatan rumah tangga. 




  • p/s: credit utk  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Badikahwinikutnegeri/Article . aku terbaca kat link cni ler..hehe

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Plis kasi ikan aku makan..~