Buah??Ada related ekk??


Buah ai buah..xsangkanya sebab buah pon boleh dijadikan perumpamaan dalam hidup kita kn..?hehe..jom kita view cuci mata kita sat noo..

...
.......
..........
...............

Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus
Jagung membungkus bijinya yang banyak
Sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang
Pohon pisang kalau berbuah
Hanya sekali seumur hidupnya

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat tetapi di dalamnya ada biji yang berduri

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut
Tetapi umbinya tetap putih bersih

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang
Tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili
Semakin tua, semakin pedas

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis
Buah manggis boleh diteka isinya dari bahagian bawah buahnya

Menjadi banyak manfaat
Jadilah seperti buah dada
Kerana selain bermanfaat sebagai sumber tumbesaran buat anak
Ia mampu menjadi alat rekreasi buat bapaknya juga!
(agak sensor disitu yerr~~18 sx nih)

Opsss! Jgn marah yaaa...hehe



ekk..ni gambar burung antoo sayer la..!!

Comments

Post a Comment

Popular Posts