Monday, February 28, 2011

Bila nak kawen oi?


"Bila nak kawen oi?"

Haa..tu diaa aih...
itu ler soklan paling hot tahun ni weih..
tadi member skool aku call, pon dok tanya soklan ini jugak..
bila aku suroh skip soklan lain, dia ulang soklan tu jugak..
aishh..buat2 xpaham plak dahh..nama ja blajaq tinggi2, soklan senang pon susah nak paham..
hahahah..

tapi tu ler lumrah kan, aternyer(org perak walhal aku org peneng) dah abis blajor, kejer pon dah ader (w'pon xseberapa hebat), itu ler soklan pemes memes nyerr..

kalo orang lain yang sebok tanya, aku ala-ala tak berapa amik pusing laa,
tapi jangan ler mamee cek yang tanya sudah la noo..
tak sanggop nak kelentong woo....
i ni kan anak yang baek..ewahh..
sebab kalo ngan kawan2 buley gak ada ayat penipu, tapi kalo ngan mak sendri nih, lomah eden ni hah nk bercakap cam tu..

apa2 pon..hidop mesti diteruskan..yeehaaaaa...!!
chaiyookk...!





p/s: sebenarnya bukan xmo kawen, tp tgh tggu fahrin ahmad masok pinang nih..
aishh..cepat sket ler abang oi...kehkehkeh..ala2 ayat gedik kan..auwww..

Saturday, February 26, 2011

aku suka apa ekk..hurmm~

-----
Hah..!
aku suka apa ek??
Carta no 1..!!
aku rasa aku suka bunga rose..!(suma pompuan kot suka bunga dowh..apadaa..)
w/pon bunga tu xboleh di bawak makan, apa aku kesah..janji aku suka.


yang lain tu..carta yang ke-2 jatuh kepada..-->
aku suka cincin..!!(uwuwuwu..sweetnyerrrr)
tambah2 lagi kalau cincin tu luar salut platinum, dalam plak salut emas..!!
argg..mau nangis kot kalo aku dapat cincin tuu..hah..mcm dalam gambar kat bawah nih..i loike!



yang ke-3 -->
aku suka kereta Harrier kaler putih (bila tahun ler aku mampu nak beli nih..)
oleh sebab famly aku 'besar' dan 'kuat', haha..jadi kereta ini adalah paling sesuwei..!!


carta ke -4
laksa..! makanan feveret aku adalah laksa. Laksa utara ja noo..Laksa lain xlayan sbb anak tekak xleh nak telan plak..alahai..
uissh..tengok gambaq laksa, teruih rasa lapaq laksa mamee cek buat la plak dah..


carta top 5..!
aku suka baca novel.
dah banyak koleksi novel kat rumah aku. (tapi bukan aku punya..hehe)
akak aku rajin beli, so aku ni plak yang rajin membaca.
ada jugak ler aku beli tapi yang murah2 je ler..xmampuuuuuu (sob sob..dengan sedihnyerr)
tringat masa study dulu, waktu short semester, aku gi pinjam novel kat library seminggu 4 novel aku belasah..(zaman plg sweet sour laa)
Tp disebabkan sekarang aku di KL, so xboleh ler plak aku nak snap gambar novel2 aku yang ada kat peneng.
Tapi, gambar kat bawah ni one of my feveret novel..!!best sangat!!


opss...lupa...yang ke 6
aku suka coklat..!!!
xkesah la kek coklat ka, roti coklat ka, ferrero coklat ka..(ada ekk??)
kaler coklat pon aku suka..
pendek kata, suma yang berupa coklat, haha..(panjang xkata apa2 ekk..?)



-----------------------------------------------------------


setakat top 6 jer lah yang boleh aku pikirkan takat nih..
hehe..lenkali aku sambung lagik...!sharing is caring uolzzzzzz...
opss...tak lupa...love my mimie poko..!!

25 Kelebihan wanita solehah~



Wahai kaum hawa,jadilh kamu sorg wanita solehah..Kerana terdpt 25 kelebihan yg hnya dpt dperolehi oleh kaum wanita sahaja dan tdk dpt dperolehi oleh kaum adam..Ketahuilah

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil (kalau dia bersolat)
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susunya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11.Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12.Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
13.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.
14.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
19.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21.Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22.Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
23.Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24.Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25.Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah diakhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


HIJAB IS MY PERSONALITY..!!
---------------------------------------------------------


sumber dari koleksi blog2 yang lain.. :-)

Thursday, February 24, 2011

When guy..when gurl..~lalala



Kadang2 perangai guy ni susah nak predict betul. Tak boleh nak agak de next action from them. Hati lah hati oiii..cmna nih...
layaannn jer laa entri nih kan..

GUY FACTS:

When a guy calls u, He wants to be with you.

When a guy is quiet, He's listening to you..

When a guy is not arguing, He realizes he's wrong.

When a guy says, "I'm fine," after a few minutes, He means it.

When a guy stares at you, He thinks you're the most beautiful thing in the world.

When you're laying your head on a guy's chest, He has the world.

When a guy calls you everyday, He is in love.

When a (good) guy say he loves you, He means it.

When a guy says he can't live without you, He's with you till you’re done.

When a guy says, "I miss you", He misses you more than you could have ever missed him or anything else.




GIRL FACTS:


When a girl is quiet, Millions of things are running through her mind.

When a girl is not arguing, She is thinking deeply.

When a girl looks at you with eyes full of questions, She is wondering how long you will be around.

When a girl answers, "I'm fine," after a few seconds ,She is not at all fine.

When a girl stares at you, She is wondering why you are so wonderful.

When a girl lays on your chest, She is wishing for you to be hers forever.

When a girl calls you everyday ,She is seeking for your attention.

When a girl wants to see you everyday, She wants to be pampered.

When a girl says, "I'll love you forever", She means it.

When a girl says that she can't live without you, She has made up her mind that you are her future.

When a girl says, "I miss you", No one in this world can miss you more than that.

soo..wat u guys think hah????.haha..mesti tengah terbayangkan someone lah tu....kehkeh..

Wednesday, February 23, 2011

~Ciri-ciri Pakaian Wanita Islam~


ni aku saja nk share sbb aku tengok memang menarik laa..tp even aku pon tak boley ikot 100% cara pakaian ni, tapi at least im still trying beb..joom kita view sat ciri2 ni..ewahhh..

Pakaian itu mesti-lah menutup aurat , sebagaimana yang di-kehendaki syrari'at Islam

Tudung kepala, hendak-lah di-labuhkan sehingga ke-paras bawah dada.
Bersarung kaki / berstokin untuk menutup aurat bahagian kaki.

Pakaian tidak terlalu nipis, ketat dan sempit.

Warna pakaian suram atau gelap seperti kelabu, hitam, biru tua, hijau tua. Tidak boleh berwarna-warni, berbunga-bunga menarik dan tabarruj.

Pakaian tidak di-kenakan wangi-wangian , kecuali ketika bersama suami di-rumah.

Tidak berhias-hias, bermake-up, bergincu bibir ketika keluar rumah, kecuali bersama suami di rumah. Juga tidak bergelang-jurai emas, ketika keluar rumah semacam hendak menunjuk-nunjuk.

Pakaian tidak menyerupai kaum lelaki ataupun wanita kafir / musyrik.

Jika keluar berjalan jangan-lah memakai kasut bertumit, sehingga berberbunyi keletok-keletok yang boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki.

Jika berjalan , jangan di-lenggang-lenggokkan badan serta gaya berjalan yang juga boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki.


kredit untok http://kasihkekasih.blogspot.com/. :-)

Bila laki2 benar2 jatuh cinta..!


Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.
Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA.

..
...
....
.....

choop..!!!waitt daaa..tunggu sat..ada sambong lagik weih..




itu kalu lelaki muda, kalau lelaki dah tua, sudah berkeluarga, keadaan mereka lebih teruk lagi:-
a)Termenung dan pandang dinding macam nak tembus.
b)Hati jadi tak keruan kerana menyimpan rahsia cinta baru dari keluarga
c)Akan mencari jalan nakal macam mana nak bertemu sijantung hati dan juga macam mana nak mendirikan mesjid baru kali ke2
d)akan berusaha bersungguh-sungguh simpan rahsia jangan sampai isteri pertama dan anak-anak sedia tahu. Inilah puncanya kadang-kadang waktu dah jadi mayat baru isteri tua dan anak-anak tahu suami ada cawangan baru. Kalau nasib baik, isteri pertama dan sisuami mati bersama-sama yang menyebabkan anak-anak yang ditinggalkan terpinga-pinga apabila ada wanita datang mengaku sebagai emak tiri mereka.

Kesian......


heheh..sharing is caring uolzz...hehehe



Lelaki vs Wanita~


Dalam aku tengah kodek2 baca emel lama2..ini ler emel yang aku rs best nak kongsi kt entri kali nih..::

Syukurlah walau siapa dan apapun Dia jadikan kita… lelaki atau perempuan.. masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.. yang penting pandai menggunakan kelebihan dan kekurangan tersebut demi untuk kepentingan bersama…. Bukan untuk diri sendiri sahaja… kerana kita hidup bukan bersendirian…

Banyak untung kalau kenal lelaki oleh Dr. HM Tuah

sekadar renungan bersama... semoga saling memahami antara satu sama lain..

Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja.

Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama. Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk.

Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat.

Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata. Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap.

Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

7) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah: -

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


Sumber: Motivasi oleh Dr HM Tuah Mengenai Lelaki

Monday, February 21, 2011

Speechless~~



si geli:: "Kasik gift plissss..hehe"
si kiki::"Kalo sy nak kasi, benda apa yg awk nak?"

itu adelah ayat poyo a.k.a ayat saja gatal si geli kasik kat member2 bila ada yg wish befday ari tu..hehe
tapi kan, tetiba plak ada yang sanggop nak kasik..aishhh...
si geli memain jer lah...aduii..kasik tangkap seyes apa kes..alahaaaaaiiiii..
itu ler sebenarnya wat si geli speechless nyerr bila ditanya camtuh..tambah2 lagik yang nak kasi tu si kiki plak..aishh...SPEECHLESSS...haha..sampai termintak Ferrari plak dah..(sambil menepok2 dahi tanda tersasul cakap)...


Friday, February 18, 2011

Heppy besday to me~


Salamm...
hehe...hari ni befday aku la..!adoyai..patot ler maxis kasik call free..(poyonya ayat tuhh..smbil termuntah2)kahkah..

sepanjang zmn stadi, member umah(hostel) selalu celebrate, ala2 buat suprise la..hehe..(tetibanyer touching neh beb..sob..sob)..tapi, dah xda ler next2 tahun akan datang. Ituler nama dia perubahan hidup..terimalah wahai nurshuhada..

ituler org cakap, betapa sweet mueeetnyer zaman stadi kan..??kn..??(bercucuran ayer materku..ewahh berdrama plak.."DramaQueen!!")..

dunia sekarang hanya FB..MukaBuku plak dah..tak larat nk reply kat wall tu..tp trimas bagi kwn yang wish..!!(^_^)..hehe..dan kredit tok si Ali Mydin sbb berjaya jd org pertama wish kat aku..hehe..thanks my buddy..!!

bye..bye...hamsamnida..!!


Tuesday, February 15, 2011

Kentot dan personaliti ~ngenge




--- Just for laugh..hahahahahahahahah..jom layan weih..
kentut dan personaliti

1. Tidak jujur - orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.
2. Bengong - orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.
3. Berwawasan 2020 - orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.
4. Sengsara - orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.
5. Misterius - orang yang kalau kentut, orang lain tak tahu.
6. Gugup - orang yang tiba-tiba terkentut bila disergah.
7. Percaya diri sendiri - orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang.
8. Sadis - orang yang kentut dalam selimut dan terus dikibaskan baunya.
9. Pemalu - orang yang kentut tidak berbunyi tetapi gusar orang lain terbau kentutnya.
10. Startegik - orang yang menyembunyikan bunyi kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak agar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.
11. Bodoh - orang yang kalau abis kentutnya menghirup untuk mencium angin kentutnya.
12. Pelik - orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila disuruh.
13. Sombong - orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.
14. Ramah - orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.
15. Tidak suka bergaul - orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman².
16. Akuatik - orang yang gemar kentut didalam air.
17. Atletik - orang kentut sambil mengeluarkan tenaga dalaman.
18. Jujur - orang yang mengaku kalau abis kentut.
19. Pintar - orang yang menghuraikan kandungan bau kentut orang lain.
20. Kelakar - orang yang bila ketawa sambil terkentut.
21. Romantik - orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating.
22. Tidak sihat - orang yang bila batuk dia akan terkentut.
23. Panas baran - orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri.

Jari Manis kiter~


Bila terbelek2 emel yang lama2 nih, aku terjumpa info pasal jari lagik..hehe..joomm tengok nak..??


ikuti langkah berikut ini, Tuhan benar2 membuat keajaiban (ini berasal dari kutipan Cina)


1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam


(lihat gambar)


2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan ujungnya.


3. Cuba pisahkan ibu jari anda, ibu jari mewakili orang tua, ibu jari bisa dibuka karena semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.


4. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka/pisahkan jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereka memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.


5. sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.


6. selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan anda, anda akan heran karena jari tersebut tidak akan bisa dibuka. Karena jari manis mewakili suami dan istri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain. Cinta suami isteri kekal abadi.



hehe..mesti try beb..!!Sharing is caring uolz~~


Monday, February 14, 2011

Perkara ringan yang menyekat rezeki~


Bismillah..

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38.. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.


* Yang highlighted to adalah yg kerap kita terbuat.


Saturday, February 12, 2011

Doa pemanis muka~~


DOA INI MUJARAB, SEBAIK BAIKNYA DIBACA SETIAP PAGI JUMA'AT: SEBELUM KELUAR RUMAH. Tak payah nak berabis duit buat facial ataupun botox…… etc….. Tengok aje orang orang dulu atau seniwati –seniwati lama kita yang sentiasa kelihatan manis…… khabarnya dia orang memang pakai doa yang sama…………..Cuma kena rajin menghafal dan baca setiap kali pakai bedak atau keluar rumah……………….. Doa pemanis muka ni lebih afdal lagi kalau dibaca 3 kali sehari sebelum memakai bedak atau a lat 2 solek atau minyak rambut .

Hafal dan tarik nafas dalam dalam dan hembus ……. Lepas itu. Baca kuat-kuat ....... Bagi semua orang dengar...... ......... ...... Selamat mencuba..... amalkan lah.. Tak rugi ...!! !!! !!!!!!!

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

" minyak si tuang tuang,

ku tuang dalam kuali,

muka ku macam beruang,

semua orang gerenti lari.

kuang.. kuang..kuang. ."

He…. He….. he……...semoga bertambah manis... Hahahahahaha. .. ampun tuan ku.......... ..beribu ribu ampun……………...

Hamba pon terkene..... . beb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Plis kasi ikan aku makan..~