Wednesday, January 26, 2011

interview punya interview..aduii..

salam beb..
hehe..lama aku tak bukak blog nih..al-sebok dengan interview ar.
minggu ni memang full dengan interview. Hari ni aku interview untok job database engineer. Aduyai..soklan macam soh aku jadik programmer plak dah. Aku xmo dah terlibat dalam industri pem'programer'an nih.Sudah2 ler zaman praktikal tu aku kena brainwash pasal programing smpai rambut aku dok luruh bagai musim luruh..!

Sok aku interview dengan Fujitsu, Cyberjaya as IT Support Engineer. Itu kena fluent in english plak dah..Haduhaiii...Asyik interview ja, keja belom gak dapat2 nih.Dugaan bagai la.

Tapi kena la redha beb kn, +ve thinking plisss..!Kita hanya merancang, hanya Dia yang menentukan. Sepanjang jalan nak ke tempat interview aku asyik nyanyi doa (robbishrohli sodri...lenggok ustazah yg suka wat lagu doa2 tu..).Tenang sket jiwa bila baca doa tu..

"Tawakkal tu alallah..."

Thursday, January 20, 2011

Rahsia 5 Jari Kita

Salam suma..!!
Entry aku kali ni pasal jari plak. Ari ni aku terselak emel2 aku yang lama2, then terperasan ada artikel menarik nih..!Jom aku nak kongsi ngan suma member..


Rahsia 5 jari



1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.


2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.


3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan.



4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja, semuanya sweet… manis mcm jari manis. Masa remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.



5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomy & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu- hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki,hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan.

So kita kena la lipat gandakan ibadat.



6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.



7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat2 apa rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.

Orang yang banyak gelak itu kurang wibawanya..
Orang yang suka menghina orang lain,
dia juga akan dihina..

Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain,
pasti kehormatan dirinya akan terjaga..

Orang yang menyintai akhirat,
dunia pasti menyintainya. .
Renungkanlah teman-teman. ..



Yang baik Itu Budi; Yang Indah Itu Bahasa

Dari Aisyah r.a, isteri nabi s.a.w, dari nabi s.a w sabdanya:

”Sesungguhnya ramah tamah dalam segala urusan menjadikan urusan itu cantik (berjaya). Tanpa ramah tamah nescaya setiap urusan menjadi buruk.”


-sumber dari JAKIM-

Wednesday, January 19, 2011

Blow me a kiss~~

Hoopss..berjiwang seketika lagi aku..
aku nk post lagu yang spesial sangat aku rasa sbbnya song ni telah dedicated by sumone untok aku..hihih..1st timer aku dengar song ni memang menyentap kalbu siot..!perghh..maunya aku cair cam buttercup.Tiap2 hari Si Karpal ni soh aku dengar lagu jiwang2 versi minah and mat salleh ni..apa leh buat dh dia minat cenggitu kn..
aduii......dengar jer la kan..heheh,tapi aku sbnarnya memang suka poon...


Tuesday, January 18, 2011

The Ramlees~~

yuhuu guys..
hehe..entry aku hari ni berkenaan dengan lagu P.Ramlee..
Sekarang ni boley dikatakan lagu ni dah diberi nafas baru oleh indie bands weih..
best la..jom layan 1 - 2 lagu nak..??best la...aku dgr sekali, terus nak dengar lagi dan lagi dan lagi..kehkeh..roll VT beb..




Sunday, January 16, 2011

Kenapa Kita Perlu Kahwin..???


Haaa..entry ni aku rasa menarik kau tertarik memang de bomb..!kahkah..
Sesaja suka aku nak buat entry macam nih.Nama pon blog sendiri kan dek non..kalo tak suka pon, i punyer suka lerr..kuikui..
Okes, mai sini combi nak cerita sikit noo pasaiapa kita kena menikah..Roll de entry plissss...

Sudah fitrah manusia
– sudah lumrah alam, wanita dicipta untuk lelaki dan begitu jugak sebaliknya. Perkahwinan pulak suatu penyatuan di antara dua jiwa dan sesuatu yang menghalalkan hubungan di antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama. So, bleh dikatakan bahawa perkahwinan tue adalah sesuatu yang wajib di dalam hubungan lelaki dan wanita.

Kerana agama
– Semua agama di dunia ini menyarankan agar manusia berkahwin dan membina keluarga. Dalam Islam misalnya, ia adalah sunnah Nabi S.A.W. supaya umatnya berkahwin demi untuk memperbanyakkan keturunan. Dari segi agama, perkahwinan jugak boleh menghalang daripada berlakunya perkara2 yang ditegah atau tak diingini di antara lelaki dan wanita.

Mengembangkan zuriat
– Salah satu sebab penting kenape manusia kawin ialah untuk membina keluarga dengan mengembangkan zuriatnya dengan cara yang halal. Namun, ada gak pasangan yang sudah lama kawin, tapi masih tak dikurniakan rezeki anak. Itu semer kijer Tuhan, dan kita hanya perlu berusaha, bersabar dan banyakkan berdoa.



Dah sampai jodoh
– Kalau dah ada jodoh tue, lari ke mana pun, akan tetap bertemu jua. Ada orang yang cepat bertemu jodoh dan ada gak yang lambat sket bertemu jodohnya. Tapi, kalu dah sampai seru tue, elokla kawin cepat2 yer..


Kerana cinta
– Sesetengah orang berkahwin kerna cinta. Atas dasar cinta inilah, seseorang tue mempunyai keinginan untuk hidup semati dengan pilihan hatinya. Kengkadang tue, ada sesetengah orang sampai tak mau kawin langsung jika tak dapat hidup dengan cinta hatinya. So, cinta nie bleh dikatakan antara sebab penting berlakunya perkahwinan di antara 2 insan.


Mengelakkan fitnah orang ramai
– Dalam masyarakat Melayu khususnya, berdua-duaan di antara lelaki dan wanita yg belum kawin adalah sesuatu yang ditegah oleh agama. Kalu dah ada ikatan perkahwinan yg sah tu, nak buat apa2 pun, takde orang yang akan larang ataupun membuat fitnah, betul tak? So, cepat2 lah kawin… :-p

Ada teman untuk hidup bersama
– Kehidupan bleh jadi sangat sunyi kalu takde orang untuk berkongsinya. Semua orang perlukan teman hidup. Pergi ke mana2 berdua, cakap2 pun berdua dan kongsi masalah pun berdua. Dan yang bestnya, kalu kita sakit, ada orang yang jaga kita J Perkahwinan mengelakkan seseorang tue daripada hidup bersendirian sampai ke tua.


Untuk jamin kehidupan yang lebih baik
– “2 is better than 1”, betul tak? – maksudnya kalu dah berkahwin tue, kedua2 suami isteri nie dapat saling lengkap-melengkapi di antara satu sama lain. Kewangan pun akan bertambah mantap jika kedua laki bini bekerja, jadi kehidupan boleh menjadi lebih baik lagi.

Friday, January 14, 2011

Istikharah~~


Hurm..~~
opps..ini bukannya mengeluh, tapi sedang berpikir jer..
Setiap hari Jumaat, mak aku buat Tazkirah kat umah aku(Mak aku bukannya ustazah..hehe..)tapi ada ustazah yang datang mengajar.Mengajar di rumah aku, sebab senang orang2 kampung datang dan umah aku pon agak luas utk sesi tazkirah tu.

So, topik a.k.a kitab hari ni yang di baca ustazah ialah berkenaan nikah kahwin..Perrghhh..hot stuff tuh beb..!!aku pada mulanya macam tak mau join sebab mak aku soh aku goreng karipap tok dijamu kt kawan2 mak aku, tapi dari dapur aku dah dengar sok sek bab nih..alahaiii...interesting gilerrrr beb..so mmg aku join ler..TUNGGU LAGIKKK?????kehkeh

Dalam dok gelak2 sebab ustazah tu ada buat lawak masa story bab nih, Ustazah tu ada selit cerita masa dia nak terima pinangan dari ustaz (hubby dia laa..)."Ustazah buat solat istikharah selama 3 bulan untuk terima Ustaz.(untuk pinangan yg dr org lain, ustazah buat 2 minggu ja) Alhamdulillah...Tapi, sebenarnya dalam masa 2 minggu tu (sepanjang solat istikharah)Ustazah dah jumpa ustaz dalam mimpi.Ustaz bagi salam kt ustazah, pastu Ustazah jawab balik.Itu jaaa..!!Tapi ustazah tak amik port la, sebab ustazah ingtkn itu cuma biasa2 saja..Tapi tu dia lah, rupa2nya itu jodoh ustazah.Waaahh...hebatkn..???

Solat istikharah + Tahajjud + Hajat = Kesejahteraan hidup..In'allah..

Aku pon harapkan jodoh macam itu jugak..Dan aku rasa semua orang nak dapat jodoh yang baik2 kan..????InsyaAllah, aku percaya setiap kaum wanita sememangnya mencari cari pemilik tulang rusuk kita kn...???hEHE..Islamik version plak aku untok entry kali nih..ahlan wasahlan wamarhaban bikum..

Ha...kat cni aku kasik skit info pasal solat istkharah yer..::

Ketika hendak mendirikan solat istikharah ni ada adab dan syarat dia...Agar matlamat utk sembahyang istikharah tu tercapai.

Petunjuk dari Allah kesan dari solat Istikharah merupakan satu yang sukar untuk kita tahu. Walaubagaimanapun ulama' telah membuat garis panduan berkaitan hal ini.

Cara-cara
(1) Niat, "Sahaja aku solat sunat istikharah 2 rakaat kerana Allah ta'ala"
(2) Rakaat 1st - Baca Al-Fatihah dan surah Al-Kafiruun(disunatkan)
(3) Rakaat 2nd - Baca Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas(disunatkan)
(4) Masa sujud terakhir, disunatkan baca 3x doa ni - "Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"
(5) Doa;

"Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya." (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

*solat istikharah bukan dilaksanakan untuk mencari jodoh je, tapi semoleknya dilakukan untuk segala urusan, kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita*

Sebar-sebarkan..insyaallah

Tanda2 atau petunjuk:
AnNawawi menyebut lagi petunjuk itu mungkin datang dalam bentuk ketenangan, kecenderungan, ilham, mimpi dsbnyanya.
Ia merupakan suatu dorongan atau kecenderungan atau kemahuan yg kuat kepada seseorang dalam bentuk meneruskan atau meninggalkan atau pilihan A atau B.

Prof Mutawalli Sya'rawi rh (Anta tasal wa Islam Yujib) berpendapat Solat istikharah dan mimpi tiada kaitan kerana mimpi adalah mainan tidur yg dipengaruhi oleh banyak faktor. Alamat istikharah datang dalam bentuk kemantapan hati spt yg dijelaskan oleh Ibn Qayyim di atas.

Allahu a'alam

***
Pelbagai Petunjuk yang Mungkin Datang sesudah selesai membuat solat Istiharah :
@--Allah memberikan petunjuk melalui mimpi
@--Petunjuk melalui firasat
@--Petunjuk melalui ketetapan hati
@--Petunjuk dengan menjauhkan orang tersebut dari yang tidak baik untuk dirinya dan mendekatkan dengan apa yang baik untuknya.

Tanda-tanda selepas solat istikharah bukan mimpi...tandanya ialah ketetapan hati. Kalau hati kita lebih pada sidia seorang memang itulah petunjuknya. Solat istikharah lebih elok dilakukan banyak kali. Insya allah suatu hari nanti akan dapat petunjuk sebenarnya.

Thursday, January 13, 2011

ciri-ciri Mr Dot..dot..dot..

Dalam kehidupan, kita tak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kita merupakan satu petanda yang dia mencintai kita..!!Apekahhh???Hurm..aku ada terbaca satu blog nih, dia ada listkan perihal ni dan aku suka la topik ni. So aku nak share ngan member2 suma..kalo nak tau..jom check it out..!! Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.

16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'

17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu..(aku suka sangat yang ini..wink.wink..)

19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

"Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... Kamu akan menyesal melakukannya!"..

Ni yang nak kena brainwash balik memory external kepala aku nih..aishh...semoga enjoy kengkawan..!!

10 petanda dia jodoh kita~

Dah lama..baru kembali..yeehaaa..!!

hahaha...buat pertama kalinya dalam tahun 2011 ni aku menulis dalam blog ni..!haha..tapi, date hari ni plak tak berapa nak cun..ish..13/1/2011..
hukhuk..tapi tak apa2..kita releks-releks sudaah..

Mula-mula nak menulis nih, aku nak cari "new posting" pon boleh tak tahu macamana..tuuu diaa aihh..combi hai combi..sampai macam itu sekali la combi nih.nampak sangat dah lama tak menulis..kahkah..

okesy dokies, for de 1st artikel, aku nk post sumting spesial kt cni..ewahh..check it out babeee..!!

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?



Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati


Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Teraser aku sedang berjiwang seketika~~~~kahkah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Plis kasi ikan aku makan..~