Tuesday, December 20, 2011

i've been proposed!

Jangan terkejut pulak bila tengok title entri aku camtu beb. itu sebenarnya title untuk video yang bakal aku nak share kat korang..video nih teramat amat amat amat amat amat aaammmaaattt TOUCHING & SWEEEEEEEEEEEEETTT!!! tu diaaa keyboard aku rosak kat E tu..

video ni kisahkan seorang remaja Malaysia umur 19 tahun yang dilamar oleh seorang jejaka yang dia tak kenal. Subhanallah,  mungkin jodoh boleh datang bergolek. So, tutupilah aurat dan tingkatkan keimanan kita wahai gurl2 sekelian.Dan percomelkan lah diri kita..(ayat cute aku copy).pesan untuk diri sendiri & untuk kawan2ku jugak!!IM PROUD TO BE MUSLIMAH YA ALLAH..

video 


p/s: ada lagi ke umat laki laki  mcm nih................?mintak2 ler ada ye dak??sbb aku nak gak satu!!!

Mimpi~~Disengat Lebah


Malam sebelum ni (Ahad mlm tu), aku tengok cerita Puaka Tebing Biru dengan Kak Anis (hosmate) aku laa..Then semalam (Isnin), dia bagitau yang dia sampai termimpi jumpa hantu (umi aida jadi hantu, muka dia mcm hulk oo, rambot mgerbang mcm hampess). hahah..dok gelak2 kat dia sebab aku ingatkan aku lah yang paling penakut, rupanya2 dia pon sama..heheh..(sorii kak aniss!!)
sebenarnya, cerita di atas tu cuma sekadar tempelan.
cerita ni yang sebenar benarnya yang aku nak stori beb......jeng jeng...

PASAL MIMPI....HEHE..(mcm gedik plak aku rasa..tp ni kan blog aku, argh..i tak kesah u!!)
sebut pasal mimpi, semalam jugak la..aku mimpi aku diserang lebah.PELIK!! sbb aku rasa, aku baru ja terlelap dlm 10 minit, tup tap top choiiii..teruih mimpi weh!aku diattack cik lebah!banyak siot...bila kena attack tu, terus aku terjaga..'astaghfirullahhh'..TEKEJUT JAH!!...

sekian..tu jer..

p/s: aku ingtkn mmg mimpi hantu sebab dok sembang pasal hantu ja malam tu, ni cik lebah plak...nasib la nasib...

Monday, December 19, 2011

Things That A Perfect Guy Would Do~alololooo sewwwiit nya weii!


haha..as-salam..
time ni sepatotnya aku dah tercongok dekat stesen LRT Sri Petaling tu.Tapi apa pasai pulak bos aku ni rajin dok temenung kat opis lagi aku pon tak tau..hadoii..sebabkan dia ler, aku pon terpakse tercongok jugak kat opis.Tak kan ler pulak aku nak balik awai dari dia pulak kan..Itu nama dia BAD MANNERS yer adik adik sekelian. so so..buat buat ler rajin menaip.padahal aku meng'update' blog!hahaha..giler jahat siot!

pastu, aku pon rajin2 lah buka fb, then...terjumpa benda alah nih..tu yang nak sharing is caring tu...
jom bacaaaa sebab membaca tu amalan mulia ooo...


tapi benda ni dalam ayat mat saleh seket..tak pa kot no..kalo hampa tak paham, buat buat ja paham..hahaha..

Things That A Perfect Guy Would Do~
  1. Known how to make you smile when you are down.
  2. Try to secretly smell your hair, but you always notice. (opsss..)
  3. Stick up for you, but still respect your independence.
  4. Give you the remote control during the game. (ntah2 dia ajak main skali kot..)
  5. Come up behind you and put his arms around you. (makruh aku rasa..)
  6. Play with your hair. (kalo laki ko xpe gak)
  7. His hand would always find your hand. (haram kalo belom kahwin beb!)
  8. Be cute when he really wants something.
  9. Offer you plenty of massages.(hadoii..incik suamiiiiii shj)
  10. Dance with you, even if he feels like a dork. (alahai..nk menari plak dah..solat jemaah sekali je lah..)
  11. Never run out of love.
  12. Be funny, but know when to be serious.
  13. Realize he's being funny when he needs to be serious.
  14. Be patient when you take forever to get ready.
  15. React so cutely when you hit him and it actually hurts.
  16. Smile a lot.
  17. Plans a romantic date full of things he wouldn't normally do because he knows it means a lot to you.
  18. Appreciate you.
  19. Help others out.
  20. Drive five hours just to see you for one. (sweeeeet sgt!!)
  21. Always gives you a kiss when you leave, even when his friends are watching.(erk..flying kiss sudah la..belom kahwin!!)
  22. Sing, even if he can't.
  23. Have a creative sense of humour.
  24. Stare at you. (blushing akuuu..)
  25. Call for no reason


p/s: hensem kan hero kat atas tu??haha..itu aku dah chopp!!!

Friday, December 16, 2011

Carta Hati~

song ni aku dengar best la beb..!try dengar nak??
heheh..

video 

ni lirik dia..:

hmm.. hoo.. haaa.. mmm..

Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku

Aku mulai resah
Hatiku jadi kebah
Melihat dirimu aku rebah

Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
Lalu cinta kita bermula
Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia

Sehidup semati kita
Menjanjikan bahagia
Untuk kita berdua selamanya

hoo.. lalala.. mmm..

Jangan engkau jangan pergi
Jangan tinggalku sendiri
Jangan tinggalkan carta hati

Kau janji kan bahagia
Ku janji kau tak terluka
Teruslah berada di carta hati kita

lalalalala.. hooo…
lalalalala.. mmm…


p/s: na saye abey kob!

Thursday, December 8, 2011

Hare pege pege tange tino jate hok buke muhrim~


salam semua..
hehe..sebenarnya memang tengah tak ada keja nih.bohsan cam biawak  bidadari dah nih.ada issue, baru ler ada keje sket.
haishh..yang paling tak tahan tu, time bos aku ada, terasa seronok brsalah sangat sebab terpaksa berlakon macam ada keja.padahal dia pon tau aku tak ada keja sebab dia pon tak ada keja.kahkahkah..lawak kan???

kadang2 tu, aku n boss siap share tengok youtube song2 yang best lagik. aduyai...nasib ler my bos ni indian,muda plak tu.. kalo la dia tu malay...haishh..punah iman siot!

hooo..ada lagi satu stori nak cite. semalam, aku ada baca 1 story dari puqa a.k.a hosmate aku. tajok dia 'surat cinta tok abey kob'..haha..versi klate.suka aku weh.dan yang paling aku suka ayat hot nih..

sila baca dengan dialek klate beb!


'hare pege pege tange tino jate hok buke muhrim'

p/s: kelasss lah cinta hok bey Kob ngan Na nih!

Tuesday, November 1, 2011

K.O.N.V.O!

assalamualaikummmmmmmmm..
dah bersawang lawang blog aku ni jah oi. Sibuk bebenor kerja. Sampai nk ke toilet pon tak sempat nyer pon. Sikit aku nk ber'story' kat sini beb..
Masa aku nak apply cuti konvo, bos aku macam terkejot sbb dia rasa mcm aku ni dah lama keja, tapi baru nak konvo!!oooh maaiiiiiii!!MALU seh..nak buat macammana kan, dah U aku tu buat pengambilan student, setahun sekali, so konvo pon dia buat setahun sekali gak ler jah. Hehehe..tp mmg de best lah!..
Okey2..aku pon tak mau cakap banyak. Cuma nk share gambar2 konvo aku jer..heheh...layaannn

dgn ijan sengal

hah..lagik xcaya..next sengal..si apek yg pakai spek tu!


dgn ira

miss orahome pon ada tau!!

boss a.k.a hanis (dia sorg ja laki2 dlm gmbr ni) sangop call suruh tunggu dia sbb nk bergambar skali. i terharu lah boss!!

ni dia B aku..sepanjang aku brgambar kat luar dewan, xselisih pon.tup tup trjumpa kat gerai makan! 


 nmpak tak mulut aku ternganga??haaa...tu dia excited jmpa puqa,terus kenalkn kt mamee cek la..dialog aku 'PUQA, ni lah mak i!!'

ini ler mak sayer..hehe

 ni gmbar dr fotografer. ktorg amik gambr ni time raptai.sehari sebelom konvo.




 cun kan????

fotografer tu ckp ktorg mcm koir nasyid seh!haha


p/s: nk bgtau yg u ktorg siap buat banner yg ada semua graduan beb!!!pastu gantung kat fakulti..seyessss!!ko adoooo??hehehe..


Tuesday, October 11, 2011

♥ Kenape ALLAH temukan kita dengan orang yang salah ♥


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
~

Wallahua'lam..

p/s: tetiba syahdu plak aku rasa nih.. sob..sob..sob..
sila bersabar wahai hati..!

Monday, September 19, 2011

Fenomena Tentang Perempuan~

 Fenomena Tentang Perempuan

Jom view dan tengok betapa CANTIKted, complicated, EDUCATED & calculated nya kaum perempuan!!haha..
aku suka suka suka jadi perempuan weh!


1.Perempuan adalah makhluk tuhan yang suka sangat “shopping”. Sebab, dalam anggapan mereka, kedai, shopping mall, supermarket, atau pasar adalah tempat di mana mereka seolah merasa ter'kontrol' (padahal buktinya mereka sangat “lost control” di tempat seperti itu).

2.Perempuan sangat menyukai segala hal yang bersifat “tawar-menawar”. Jadi, pertanyaan tentang ‘apakah itu diperlukan’ tidaklah relevan. Bagi mereka, segala sesuatu yang dijual dan ditawarkan ibarat sebuah permainan yang mengasyikkan dan adil.

3.Perempuan pada hakikatnya tidak memiliki sesuatu untuk dipakai. jadi, jangan bertanya tentang rak baju di dalam bilik, kamu hanya boleh tidak mengerti 'kenapa'??.

4.Perempuan suka menangis. Dan mereka tidak akan menangis kecuali mereka tahu bahwa kamu boleh mendengarnya.

5.Perempuan akan selalu bertanya tentang sesuatu yang tidak mempunyai jawapan pasti. Ini adalah usaha mereka untuk membuatmu merasa bersalah.

6.Perempuan suka berbicara. Jadi, mereka akan selalu bercakap, berborak, karena berdiam diri atau menutup mulut sangat menyeksakan bagi mereka, walaupun mereka sebenarnya tidak ada sesuatu pun yang ingin dibicarakan.

7.Perempuan perlu untuk merasa bahwa ada orang lain yang lebih ‘buruk’ dari mereka. Itu kenapa acara-acara seperti Oprah Winfrey Show sangat sukses.

8.Perempuan tidak menginginkan seks sebanyak keinginan lelaki. Ini dikeranakan seks lebih bersifat fizik bagi lelaki, dan bersifat emosional bagi mereka. Jadi, hanya dengan mengetahui bahwa lelaki menginginkan seks dengan mereka, keperluan seksual mereka sudah pun terpenuhi.

9.Perempuan tidak menyukai serangga. Bahkan perempuan terkuat pun selalu memerlukan lelaki di samping mereka jika ada serangga yang muncul.

10.Perempuan tidak boleh menjaga rahsia. Sebab itu seolah mengerat mereka dari dalam. Imbasnya, mereka merasa bahwa bukanlah sebuah ‘dosa’ bila membicarakan rahsia tersebut kepada satu atau dua orang.

11.Perempuan selalu ingin tampil berkelompok di depan umum. Sebab, ini memberikan mereka kesempatan untuk bergossip.

12.Perempuan tidak pernah tahan untuk tidak menjawab telepon, apapun yang sedang mereka lakukan. Sebab mereka menganggap telepon itu sebagai pengumuman loteri dan mereka adalah pemenangnya (haha…).

13.Perempuan tidak pernah paham kenapa lelaki menyukai mainan. Sedangkan lelaki sangat paham bahwa mereka tidak memerlukan ‘mainan’ lain bila perempuan punya menu ‘on/off’.

14.Perempuan akan menyimpan tiga jenis shampo yang berbeza dan dua jenis conditioner di bilik mandi mereka.Setelah perempuan mandi, jangan heran bila bilik mandi akan berbau seperti ‘hutan tropika’.

15.Perempuan tidak mengerti ‘daya tarik’ olahraga. Lelaki akan mencari hiburan sebagai kesempatan untuk lari dari kenyataan. Sedang perempuan mencari hiburan untuk mengingatkan mereka bagaimana ’segala sesuatu’ boleh menjadi berbahaya.

16.Bila lelaki pergi untuk 7 hari perjalanan, maka mereka akan membawa pakaian untuk lima hari dan akan memakai pakaian yang sama untuk beberapa hari. Tapi bila perempuan pergi untuk 7 hari perjalanan, maka mereka akan membawa pakaian untuk 21 hari. Ini kerana mereka tidak tahu yang akan mereka rasakan apa yang mereka pakai setiap harinya.

17.Perempuan akan merapikan rambut mereka bila ingin tidur.Perhatikan bagaimana perempuan makan ais krim, maka kamu akan tahu bagaimana rupa mereka di tempat tidur.

18.Perempuan akan digaji (dibayar) lebih murah dibandingkan lelaki, kecuali dalam dunia model.

19.Perempuan tidak pernah ’salah’. Dan meminta maaf adalah tugas lelaki. Hmm.. siapa sebenarnya yang merayu adam memakan buah khuldi..?

20.Perempuan tidak tahu apapun mengenai kereta, kecuali diperlukan kilang kereta untuk iklan.

21.Perempuan memiliki tempat tidur yang lebih baik dan tersusun dibanding lelaki. Sebab mereka berpikir dalam mimpi pun mereka akan dipuja.

22.Jumlah rata-rata barang di bilik mandi perempuan adalah 437. Lelaki tidak akan dapat mengerti apa gunanya barang-barang tersebut.

23.Perempuan akan mengatakan bahwa mereka menyukai binatang yang lucu seperti kucing.Lelaki juga berkata yang sama, tetapi bila tidak berada di depan perempuan, ia akan menendangnya.

24.Perempuan sangat suka bercakap di telepon. Mereka boleh menginap di tempat kawan selama dua minggu,lalu ketika kembali ke rumah, mereka akan menelepon kawan tersebut selama 3 jam.

25.Perempuan akan merapikan penampilan mereka (bersolek) bila ingin keluar untuk berbelanja, menyiram tanaman, membersihkan garaj, menjawab telepon, membaca buku, atau bahkan membuka surat.


haha..klako aku rasa...tapi kan, memang gulz macam ni la.
Jadi, congrate lah kepada semua kaum hawa!sbbnya secantik cantik manusia di atas muka bumi ni adalah PEREMPUAN..!!!Untung kan??????

Regards:
Sumber

Wednesday, September 14, 2011

Chatting yg sengal~

ini chatting yg sengal between bff aku n me!
opss..bff aku pompuan yer, bukan bf.
ntah mcm mana timbol kesengalan nk reply ayat macam ni, aku pon tak tahu seh...
SOMPAH!!aku xpenah guna ayat mcm ni!
bila otak dah jem, xdak plak roti nak sapu, sbb tu main bantai jaa..kahkah..
korang nak baca ehh??
kalo suka, baca, kalo tak suka, TOKSAH dok baca ok!
heheh..



 
p/s: lupa nk bgtau: yg kaler kuning merenga tu bff aku, kaler hijau muda tu aku lah!

Tuesday, September 13, 2011

ohh..Haraamm..

Korang tengok tak stori cerekarama sabtu lepas?pergh..mengancam betol si erma patimah tu bikin drama.terbitan rosyam nor plak..waduh sih..best menyengat siot!..haha..langsung aku ter'admire' plak kt akasyah tu!nmpak hensem dan beriman!kahkah..
jom roll on video dia beb..


ada lagi 1 song best dlm tu..ni dia...

nak tegelak bila akasyah dok megendap si rita tu.haha..tengok bumbung pon jadilah!!amikkkk!

Wednesday, September 7, 2011

Puasa 6 Syawal Sekali Dengan Qadha’~


BAGI sesetengah orang, Syawal dianggap bulan berpesta dan bersuka ria dengan jamuan dan juadah, sehingga ada yang meraikannya sebulan penuh seolah-olah puasa lenyap dalam kamus hidup mereka.
Tetapi hakikatnya, pada Syawal masih terdapat ibadat puasa iaitu ‘puasa enam’. Cuma ia tidaklah menjadi suatu kewajipan seperti dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun, ibadat sunat itu adalah kesinambungan kepada ibadat Ramadan.

Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh terdahulu.
Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.” (Riwayat Muslim)

Dalam hadis lain dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w menjelaskan, sesiapa yang melakukan ibadat seperti itu (puasa Ramadan dan enam Syawal) dosanya dibersihkan seperti bayi baru dilahirkan ibunya.

Penegasan Nabi s.a.w itu menunjukkan puasa enam amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib. Baginda menggalakkan umatnya rajin beribadat, iaitu ibadat fardu disusuli amalan sunat.
Ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.

Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik- baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.
Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam bulan terbabit dan boleh juga dilakukan dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.
Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.

Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.

Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.
Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: `Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qada.

Imam As-Syafi’i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab `seyang tiap amalan dengan niatnya’ bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.

Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat sebahagian ulama.’

Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.
Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.
Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh `Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.
Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.
“Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih).”

Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tiba Ramadan akan datang.

Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah `membayar’ terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.

Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.

 kredit goes to-->http://www.informasi.my

p/s: sharing is caring!

Tips Mencari Jodoh Tanpa ”COUPLE” ♥ ~

………(¯`v´¯)
………..`•.¸.•´ ~ ♥ TIPS MENCARI JODOH TANPA ”COUPLE” ♥ ~
………(●̮̮̃•̃)..(●̮̮̃•̃)
……… /█\ ♥/█\
…❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*° •✫❤



haa....hgpa pecaya dak??jom view weh..!

(`’•.¸ “Habis nnt macam mana nak cari isteri?”
bab nak mencari bakal isteri ni apa susah~
berserah sahaja kepada Allah~
bila MASA sudah sampai~ dapatlah~



(`’•.¸ “Bukan kita kena USAHA ke?”
memanglah kena usaha
tak akan saya nak duduk rumah tunggu orang msk meminang pulak kan?
tapi COUPLE is WRONG
baik kumpul duit~ persiapkan diri dgn tanggungjawab~
pergilah meminang seseorang yang berkenan di HATI



(`’•.¸ “Nanti kena REJECT macam mana?”
dah nak REJECT..nak buat apa?
fikir positif lah~ maybe ada yg lebih baik buat kita
Allah kan tahu apa yg terBAIK buat hambaNYA
kita kenalah REDHA dengan ketentuanNYA



(`’•.¸ “Kalau dah berkenan dkt hati macam mana?”
lagi senang kalau mcm tu~ dah cukup duit & persiapan~
teruslah masuk meminang @ lagi best kahwin terus~
tak payah nak berCOUPLE bagai~ buat maksiat sahaje apa guna~
korang nak masuk SYURGA ke NERAKA r?
kalau belum cukup lagi tu~
simpan lah dalam hati~ cuba test berpa lama korang leh suka kat bdk tu?
maybe perasaan korang tu just CRUSH only~



(`’•.¸ “Eleh~ budget ko baik sangat r? Ramai jer yang couple. Boleh jer aku tgk.”
Ye~ Saya tak kata saya baik. Korang yang menilai diri saya ini.
Macam mana korang NILAI or pandang..itu terpulang~
yang penting PANDANGAN Allah terhadap saya nanti bagaimana?
sbb nanti akhirat saya yang kena soal~
kenapa saya tak sedarkan kamu semua?
kenapa saya tak halang or nasihat rakan-rakan saya?
sekarang~ I have DONE my job~
nnt itu antara kamu dan Allah ek~



(`’•.¸ “Mak & ayah restu lah.”
Memanglah mak & ayah restu~
tapi Allah restu ke tak ea?
korang FIKIRlah sendiri~
semua diberi AKAL untuk berfikir
saya yakin korang pandai menilai apa yang baik & buruk
ingat lah~ niat tidak memBENARkan cara~



(`’•.¸ perkahwinan tu satu benda yang SUCI
tapi manusia yang mengotori ikatan ini
oleh sebab terlalu mengukut budaya barat
semua benda yang HARAM pun boleh jd HALAL



(`’•.¸ fikirlah wahai RAKAN
kita ni umat akhir zaman
kiamat tu PASTI
kenapa korang tak SEDAR lagi
or korang tahu just buat2 tak tahu saje?
fikir-fikirkan lah~

✿♫•*¨*•.¸¸❤ ✿♫•*¨*•.¸¸❤


best entry coming from --> http://www.gilerkentang.com

Monday, August 22, 2011

Ku Pinang Kau dengan Bismillah~

Salam Ramadhan beb!!Lagi 3 hari aku nak balik kampong terchenta!!!!
MEMANG tak sabar seh.Tapi sebelom tu, aku nk post 1 song nih.Menyentap, menyengat kalbu aku..!!

Ku Pinang Kau dengan Bismillah...





Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Quran ~





Nuzul Quran..even hari ni aku tak bercuti macam kengkawan2 aku yang lain, aku tetap nak post pasal Nuzul Quran nih...


Tuntutan Al-Quran:

  1. Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
  2. Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
  3. Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.
 
Peringatan:

  1. Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
  2. Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
  3. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
  4. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
  5. Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).
Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat buat kita semua. Amin.     




Sunday, August 14, 2011

JAKIM: Tak Pernah Kata Starbuck Haram~



KENYATAAN MEDIA BERKENAAN ADUAN STARBUCK COFFEE


JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung email yang menyatakan “JAKIM telah mengesahkan restoran Starbuck Coffee adalah haram kerana terdapat bahan yang direndam arak, untuk pengesahan sila hubungi 03-8886400”.
Kenyataan ini juga telah disebarkan melalui laman sosial Facebok.
2. Adalah dimakumkan bahawa JAKIM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada melalui media massa atau portal rasmi JAKIM yang mengatakan restoran Starbuck Coffee adalah haram.
3. Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat pada 31 Julai 2012.
Justeru JAKIM menasihatkan pengguna yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.
Sekian, terima kasih.


p/s: Alhamdulillahh.........tp ingat suma, kalau anda rasa was2 tu, baik xpayah ler nk cecuba makan beb..kang tak pepasal plak jadik lain kaan..renung renungkan..selamat beramal...!!

Zakat Fitrah~


Semalam..aku g bayar zakat fitrah dengan hosmate aku (yuni). pejabat dia dekat jer ngan umah flat aku tu.Teruja siot!Kami dua ni dah la 1st time nak gi bayar sndri ni beb. Macam2 rasa merasa.haha..(poyo plak aku rasa). Jenuh aku meng'control' muka (sebab xmo buat2 cuak) masa g pejabat zakat tu. hehe..kenapa aku banyak guna word 'rasa' ni..!!arg..lantakk..

Lega seh lepas baca akad fitrah tu. Merasa gak aku bayar guna duit gaji aku sendiri. Yelah kan, aku kan baru ja keja beb, baru tahun ni sempat aku kasi duit raya kat anak2 buah hati ku yg 'baru' 20 org tu. Mintak2 ler, dah TAK bertambah senah oi.Kalo idak, jenoh aku tiap2 tahun nk membedak bedakkan duit raya ikut tumbesaran depa tu.Pastu terus call my mamee la, kasi tau aku dah bayar duit fitrah tu. Mana tau nanti dia gi bayar skali lagi plak kan..

Kemudian, aku n yuni terus gerak g masjid..Betapa baeknyaaaaaaa kitaorg kan????
Siap g masjid lagik lps bayar zakat fitrah.!perghh..memang bley buat calon menantu nihhh!!!sila cepat isi borang seh!

tapi MASJID INDIA laaaaaaaaaaaa.......kita Shopping!!!!!!
hehehe..sengal betol sebab ayat xleh blah kan???..
hahahahha......

Wednesday, August 10, 2011

Cuti Raya aku TAK approve!


haish..benda ni aku stress dr minggu lepas lagik.
ni gara2 bos aku tu lah.boleh plak cuti raya yang aku apply dia tak mau approve!
Haishh.jenuh aku menyusun ayat kasi report kat Mummy chek yang kat Peneng tok baking tindakan bos aku tu. hai..nasib, beliau memahami.Alhamdulillah.
Tapi yang naik bising tu bukan mummy aku, kakak2 aku laa plak yang over.
Call pagi2 buta - pkl 9.30 pg-->awal siot aku rasa (lps subuh aku trtidook laa wei..), pastu marah2.
Hadoiii..!!Mana tak marah, membaziaq(membazir itu amalan syaitan).sbbnya aku dah siap beli tiket flight nak balik Peneng (20 august), tiba2 leh plak tak jadi.Tapi aku pelik gak sbb aku beli guna duit aku sndri laa beb.(konpius aku disitu knapa itu jd isu)..haha

Aku ni nama ja keja ngan company India. Hadoi yai nyer pun adoii (ala2 lenggok ah chai), nak cuti pon susah.Aku bukannya cuti lama pon, seminggu lebih je pon (aku rasa mcm aku apply tok seminggu ja)..bekira betolll!!
tapi...............

korang rasa aku apply cuti lama sgt ka smpai bos aku tak leh approve hah??jap nak pikiaq sat...hurmm..
aku cuma apply cuti dari 22 August smpai la 2 september 2011..hehe..
LAMA KAA????mana ada seh!!!SAT SAJA LA CUTI TUUU..!!tak fair and square!nanti deepavali aku nk pi bakaq umah bos aku tu..siap!!

Monday, August 8, 2011

Typo error message!

assalamualaikum wbt..

haha..pekabar suma?Aku dh rasa title entri ni dah mcm error message yang selalu aku dpt bila aku handle system plak.hadoi..bwh ni ada 1 conversation between aku ngan membe kamceng aku.apa pasai dia ter'typo' smpai cenggini pon aku tak tahu lah der.Ntah apa2 punya bahasa dia guna.Nak kata Uganda language, bukan lah aku rasa..Tajikistan??aku rasa pun bukan gak beb..Cuak bos ada kt belakang tgh usyar dia kot?? or..sesajer nk type cepat2, pastu kasi keyboard tu bunyi tung tang tung tang yg menandakan dia tu tgh rajin menaip coding?? (amat menggelikannnnnnn..hahah..opssss..cover2 sket..)..or...hahah...tak tahu lah apa aku nk pikiaq.jom lah kita view sendri...




p/s:......aku suka lahh!!haha



Friday, August 5, 2011

Tak Bertudung VS Bertudung

assalamualaikum wbt..Ramadhan al Mubarak

jom kita baca conversation ni..roll

credit utk kakifacebook.com

Friday, July 29, 2011

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

Hye..assalamualaikum semua..
hari ni bersempenaan dengan hari Jumaat yang mulia, jom kita sama2 view tazkirah yang aku dapat dari membe aku..hehe..jooommmmmm...!!


15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beris! tigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa


p/s: sharing is caring!!
p/s: i love u!

Tuesday, July 19, 2011

Kriteria memilih pasangan hidup ~

Welcome..welcome!!
entri kali ni pasal kriteria nk pilih calon-calon hidup. Kiranya sehati sejiwa lah nih..aicehh..iyo2 ja nk sehidup semati.Bila bini mati, iyo2 ja nak cari pengganti kan.oopss..ter emo plak aku nih..jom layan entri nih..


Info: Kriteria Memilih Pasangan Hidup

  • Jujur dan Setia 
    - Pilih pasangan yang jujur dalam sebarang tindakan. Pasangan yang saling setia dan mencintai lebih kekal. Cinta adalah dasar dalam ikatan hubungan suami isteri. 

  • Penampilan menarik 
    - Menarik tidak harus selalu cantik dan seksi (wanita) dan kacak (lelaki), memadai penampilan yang sedap mata memandang. 

  • Taat pada agama 
    -Ciri penting sebagai pembimbing untuk masa depan keluarga dan anak. Carilah pasangan yang soleh (lelaki ) dan solehah (isteri).
     
    -Tersangat susah nak cari ni beb. Aku pon tak lepas2 tapisan nak jadi solehah ni..cmner plak nak cari yang soleh..hadoii


  • Pandai atau pintar 
    - Ia penting sebagai peneraju dalam mengurus rumah tangga dalam pelbagai aspek terutama mendidik anak dan kedudukan kewangan. Yelah kan, untung2 boley dapat anak2 yang bijak pandai.Sapa ler yang tak mo anak-anak yang cerdik pandai kan..

  • Tidak materialistik 
    - Pilih pasangan yang mempunyai sifat kesederhanaan dan bukan pengikis. 

  • Tidak emosional 
    - Murah senyum, lemah lembut, tidak suka marah dan tidak mudah tertekan ketika berhadapan dengan apa juga masalah, sama ada urusan rumah tangga atau kerja. 

  • Sihat termasuk aspek jasmani dan rohani 
    - Pilih yang sihat, cerah, kuat dan bukan mudah dijangkiti penyakit serta subur untuk memberikan keturunan. 

  • Mudah dikawal 

  • Persetujuan ibu bapa dan keluarga 
    - Restu daripada ibu bapa penting untuk keberkatan rumah tangga. 




  • p/s: credit utk  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Badikahwinikutnegeri/Article . aku terbaca kat link cni ler..hehe
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Plis kasi ikan aku makan..~